Saturday, August 13, 2011

Confession from my heart : Wanita terbaik di hidupku

Yang melahirkan ku. Yang membesarkan ku. Yang menjaga ku. Yang mendidik ku. Yang mengajar ku.
Dia wanita terbaik di hidup ku.
Kerna dia, aku di sini. Kerna dia, aku tidak sepi. Kerna dia, aku bangkit. Kerna dia, aku begini.
Dia wanita terbaik di hidupku ; IBU. :)

Tuesday, July 5, 2011

Confession from my heart : Lagu+Lirik=Music

Kalau dulu aku tak layan lagu orang putih, di waktu sekolah rendah aku dengar music-music barat ..
Kalau dulu aku tak layan lagu genre metal, di waktu Tingkatan 1 aku kenal band-band yang ber-genre
metal ..
Kalau dulu aku tak layan lagu british, di waktu Tingkatan 2 aku layan band Arctic Monkeys ..
Kalau dulu aku tak layan music hardcore, di waktu Tingkatan 3 aku terpengaruh dengan budaya "Straight
Edge" ..
Kalau dulu aku tak layan lagu-lagu rancak, di waktu aku bergembira aku dengar lagu-lagu dari Sex Pistol dan Second Combat ..
Kalau dulu aku tak layan music keras, di waktu aku Tingkatan 4 aku kenal Avenged Sevenfold ..
Kalau dulu aku tak layan music jiwang, di waktu aku bersedih aku layan lagu slow ..

Nampak ? Music penting dalam hidup kita. Bagi guwa, Music merupakan satu fashion dan emosi. Lagu yang terbaik adalah rentak music yang  boleh masuk dalam jiwa seseorang (bak kata orang; feeling habis) berserta dengan lirik lagu yang penuh dengan maksud yang tersendiri dan mudah difahami. Kalau guwa ada terdengar lagu-lagu yang best, guwa akan baca lirik dia. Lagu juga boleh membantu kita dari segi emosi. Lain mood, lain genre. Kan ? Guwa pon bukan nya pakar dalam music ni. Tapi cuma ingin kata apa yang guwa rasa.

Nak tambah sikit lagi ..
Kalau dulu aku tidak pandai memetik gitar, di waktu kini aku ingin cipta lagu sendiri
*okay. Hanya angan-angan. haha.

Chow !

Tuesday, June 28, 2011

Confession from my heart : Peluang sudah tiada, dah malas nak kejar ..

Hanya mampu melihat, hanya mampu diam, tak berani ingin bersuara ..
Mungkin aku seorang lelaki yang pengecut. Dilahirkan sebagai seorang yang dayus. Mungkin ..
Mungkin aku seorang lelaki yang lambat bertindak. Tidak menghargai peluang di depan mata. Mungkin ..
Mungkin aku seorang lelaki yang pemalas. Lebih bagus hidup begini. Mungkin ..
Tidak kah itu hanya mungkin ? Aku boleh berubah bukan ? Ya. Memang aku boleh berubah.
Tapi peluang itu sudah tiada. Sudah lari. Sudah pergi. Entah ke mana.
Dan aku malas nak kejar. Malas nak mencari. Malas nak gunakan peluang itu. Hanya berfikir satu perkara; "Biar saja dia. Asalkan dia bahagia, aku juga bahagia. Bukan ?"
Mungkin betul apa yang aku kata. Aku seorang yang penakut, lambat bertindak dan pemalas.
Aku hanya boleh melihat sahaja. Aku hanya boleh berkata "Peluang sudah tiada. Dan aku malas nak kejar" Biarkan sahaja .. Dia bahagia aku pun bahagia. Mungkin ...

Sunday, June 26, 2011

Confession from my heart : Make your move. Please !

Mom : Tadi cikgu cakap yang NOVA banyak main dalam kelas. Betul ?
Me : Err. Mana ada. Takda la.
Mom : Tapi cikgu cakap kata ramai cikgu kata yang NOVA banyak main dalam kelas. NOVA banyak terpengaruh dengan kawan-kawan.
Me : Ye ke ? Takda la. NOVA mana mudah terpengaruh. Kawan-kawan nak buat apa dekat NOVA  sampai nak buat NOVA terpengaruh dengan dia orang ?
Mom : Ibu tengok NOVA tak focus. Cuba belajar ikut masa betul-betul. SPM nak dekat. Ibu letak harapan tinggi dekat NOVA tahu.
Me : ... (diam seketika) okay ..
(Dialog ni rekaan semata-mata)

Boleh ke guwa study 24 jam ? 2 jam pun tak tahan. Ini kan lebih ! Arghhh ! Boleh gila guwa macam ni.
Guwa banyak berkhayal. Mimpi di siang hari ! Daydreamer ! Ya ! Banyak fikirkan hal-hal yang tak akan berlaku. Why ?! Arghh !
It's time to change dude ! No dreaming ! Make your move. Just a while.
Setan dalam badan berkata "Elehh lek luu. Lama lagi SPM. Macam tak biasa pulak study last minute. Kita enjoy dulu yaww !"
Bulan Julai hampir tiba. Tak kan guwa nak kecewa kan hati ibu ayah guwa lagi. T_T

Monday, June 20, 2011

Dear diary : Seorang lagi pergi ..

Jumaat, 17th June 2011
12.00pm
Ketika aku pulang dari sekolah, aku terlihat pipi ibuku basah seperti seseorang baru lepas menangis. Aku ingin bertanya kenapa. Baru sahaja aku ingin bertanya, ibuku berkata "Atok dah meninggal" ..
Aku terdiam seminit dua. Memikirkan sesuatu. "Bila atok meninggal ?" tanya ku. "Tadi .." Jawab ibu ku
dengan nada suara seperti orang yang hilang suara ; seperti berbisik.
Atok; nenek aku yang paling aku sayang. Banyak kisah aku dan dia.
Sesudah bonda kepada ayahku telah pergi. Kini; 3 bluan kemudian, bonda kepada ibuku pula meninggalkan kami. Atok ..
Sesudah solat Jumaat, kami sekeluarga terus berangkat ke kampung halaman ku ; Muar. Di dalam kereta aku terfikir sesuatu. Mengharapkan semua ini takkan berlaku. Aku kata di dalam hatiku, "Tidak! ini semua mimpi." Aku tidur seketika, aku bermimpi bahawa mereka hanya bergurau sahaja. Atok belum meninggalkan kami lagi. Kami ketawa. Tapi itu hanya mimpi ..
Aku terjaga ketika ayah ku berkata bahawa kita sudah sampai. Aku melihat keadaan di luar kereta. Kami tiba di masjid yang jauhnya tidak kurang seepuluh langkah dari rumah nenekku. Aku melihat mereka semua sudah tiba di masjid tersebut. Aku melihat saudara-maraku sedang duduk bersila di saf yang pertama, menanti waktu Asar tiba. Aku pergi ke tempat saudara-maraku berada. Sesudah tiba, aku melihat sebuah kotak berada di hadapan mereka; keranda. "Ini ke Atok ?" kataku.
Aku melihat saudara rapatku, Asan. Melihat matanya yang merah menyala sedang menatap keranda tersebut. Melihat adiknya pula, Piyan. Seorang yang macho dan digelar `Kasanova Malaya` sedang melihat keranda tersebut tanpa mengendahkan orang di sekelilingnya melihat dia dengan rasa empati. Mereka merupakan orang yang paling rapat dengan nenekku. Segala urusan nenekku merekalah yang uruskan.
Melihat juga yang lain-lain sedang berdiam diri. Si jejaka bersedih. Si gadis menangis. Manakala aku masih tidak percaya; adakah itu Atok, atau tidak ..
Selepas kami semua solat jenazah, Imam membuka kain di muka jenazah untuk kami yang ingin melihatnya buat kali yang terakhir. Aku melihat. Terdiam seketika. Jantung berdegup kencang. Rupanya ini semua bukan mimpi. Rupanya betul. Atok sudah pergi ..


Hari berganti hari,
Mentari berganti bulan dan malam berganti siang.

Si tua pergi,
Si muda menangis.

Hari ini menangis,
Esok kita bersedih.

Hidup memang palat,
Tapi esok masih ada ..


Al-Fatihah untuk Azizah Binti Ali dan mereka yang telah pergi ..

Wednesday, June 8, 2011

Dear diary : Home

JB -> Pahang -> Kelantan -> Kelantan -> Kelantan -> Terengganu -> JB -> HOME ! 

Ada beberapa hal yang best dan tak best yang guwa dapat sepanjang percutian ini.

Best :
-Guwa balik kampung, Tengok rumah arwah atuk & nenek. (time guwa nak melangkah masok rumah tu, guwa hampir nak tertanya dekat ibu guwa "mana tok mek (nenek guwa) ?")
-Dapat barang: wallet, bag, jam. (made in siam. haram maklum.)
-Main air. (itu pon nak sebut juga ke ?)
-Melihat keindahan alam. kot ? (oh indah dunia, yang Tuhan ciptakan~(lagu STATIK - Nikmat Sementara))
-Ni paling best. Naik river tube. Dia macam naik banana boat. Tapi naik tiga orang je. And lagi dasyattt ! Serius tak tipu. HAHA.
River tube : Lebih kurang macam ni la. (gambar minah mana entah guwa rembat ni. HAHA)

Tapi kan, yang tak best nya ialah ..


Tak best : 
-Handphone  & camera rosak.(masuk air)
Yang best nye, masa tu masih ada dekat pahang lagi. So, tak ada la gambar-gambar di Kelantan & Terengganu. T_T haha. 
-Terasa macam sekejap je cuti. Dalam otak guwa dah plan macam-macam benda dah. Tapi banyak yang belum sempat buat lagi.
-Bosan sikit sebab dekat kampung ada family guwa je. Sedara-mara tak balik. :(




HAHA. Tak apa. Jangan risau, jangan panic. Masih ada LIMA HARI lagi sebelum cuti sekolah habis. So kita boleh buat macam-macam dalam masa lima hari. Selamat bercuti wahai pelajar-pelajar. :)

*(kerja sekolah belum siap)

Saturday, May 28, 2011

Dear Diary : Cuti sekolah .. LET'S ROCK !



Apabila otak sudah retak seribu,
Badan bagai sotong kurang protein,

Kini sudah tiba masanya untuk ..



Berehat !! (Iya ke ? Rutin harian makin sibuk dengan buku-buku. Bila nak berehat ?)

Bercuti !! (Iye ke ? Nak pergi mana-mana mesti ada buku. Sebelum keluar rumah mesti study dulu. Baru boleh keluar pergi jalan-jalan)

Lari dari kerja sekolah !! (Iya ke ? Sebelum cuti cikgu bagi setiap matapelajaran ada kerja sekolah. Boleh ke lari dari kerja sekolah ? Tak mungkin)

Tak perlu hadir ke sekolah !! (Iya ke ? Tapi cikgu-cikgu da sediakan hari untuk kelas tambahan masa cuti. Seronok kan ?)

Enjoy !! (Iya ke ? Bila nak enjoy je teringat SPM semakin hampir. Enjoy kan ? Sambil berseronok sambil ingat SPM. Bukan kah itu "best" ?)


Seriously, guwa tak suka orang kacau cuti guwa. haha. Wajib datang ke kelas tambahan tu ? Cikgu-cikgu tak nak ke bercuti ? Cikgu-cikgu tak nak berehat ke ? Kesian cikgu .. Pergi la bercuti. Please~ haha.


Cuti dua minggu bro ! Macam-macam plan dalam kepala otak guwa ni. Macam-macam benda guwa nak buat. Itu pun kalau tak ada perosak kebahagiaan orang. haha.

Monday, May 23, 2011

Confession from my heart : Sejarah berulang lagi. Aku menangis ..

Kebenaran hanya membuatkan kita lebih terluka. Mungkin sebab itu orang lebih suka menipu daripada jujur. kan ?

Aku rasa kecewa. Kecewa sangat-sangat. Aku tidak tahu apa langkah aku seterusnya. Ke kiri ? Atau ke kanan ?

Adakah aku seorang pelakon yang hebat ? Atau seorang hipokrit yang hebat ?

Aku tak sanggup pakai topeng ini lagi. Topeng ini hanya menutup kesedihan sahaja. Topeng ini hanya menunjukkan senyuman sahaja. Tidak menunjukkan perasaan sebenar aku.

Aku tak sanggup menggunakan suara ini lagi. Suara ini membuatkan aku kelihatan lebih ceria. Gelak ketawa yang ceria ini menunjukkan diri aku bagaikan tiada masalah langsung. Bahagia selalu.

Aku dah tak sanggup. Hanya di sini saja aku dapat luahkan rasa sakit ini.

Blog. Thank you for listening.

Aku tak sanggup ditipu lagi. Aku tak sanggup kecewa lagi. Aku tak sanggup menangis lagi. Aku dah tak sanggup. Please. PLEASE STOP !! :(







Mungkin benar kata orang.
Walau bagaimanapun hidup kita,
kita kena hadapinya dengan tenang.
Kerana kita hanya merancang,
Allah SWT yang menentukannya ..
Mungkin benar kata ibu.
Jangan layan sangat perasaan kita,
nanti ia semakin menjadi-jadi.
Bertambah sakit,
bertambah perit ..



Tapi aku dah tak sanggup,
Hadapi semua ini,
Menahan semua ini,
Menanggung semua ini,



Please stop,
I cannot handle all this things again,
It kills me .. :(

Sunday, May 22, 2011

Dear Diary : NUR KASIH The Movie



Nur Kasih The Movie : Cerita ni memang sedih la tapi guwa tak boleh nak menangis hanya disebabkan jokes member-member guwa yang telah menyebabkan air mata guwa terbantut. haha. Di sini guwa ingin berkata sesuatu. DRAMA LAGI BEST DARI MOVIE. Tu je guwa nak bagitahu. Sekian terima kasih. haha. Kenapa guwa kata begitu ? Sebab :

 
1. Cerita Nur tua tu telah menyebabkan guwa hampir tak faham dengan cerita ini. Nasib baik tengok dua kali. haha.

2. Jalan cerita dia walaupun mudah difahami. Tapi agak bersepah sikit. Sikit je la. Tak banyak pon. haha.

3. Gambar-gambar macam tak real sangat. Seperti lukisan. Paling kelakar guwa rasa masa kemalangan kereta api. Masa tu guwa ketawa sebab api dia cute sangat. haha.

4. Paling guwa tak puas hati : Kenapa isteri Aidil mati disebabkan "layang-layang" ? Ingat kan dia mati sebab sakit. Haishh. Tak seronok betul. haha.

5. Ada part yang tak faham sangat. Contoh : Aidil dipukul sebab apa ? Sebab dia fikir Aidil rampas awek dia ? hmm. Macam kelakar je. haha.


Tapi guwa suka dia punya shoot, tempat especially dekat kampung (kampung mana tu ? nak pergi la. haha.), jalan cerita dia (ada sikit tak suka) & LAGU. woo. haha. 






Sorry for the comments. :)

Friday, May 20, 2011

Confession from my heart : 20th MAY

20th MAY 1994, Kuala Lumpur,
Pada satu petang, tika sang mentari sedang menyinar, menghembus cahaya terangnya ke dalam kamar,  menerangi si gelita di dalam kamar itu.
Ketika itu, perasaan si bapa yang tidak menentu sedang sabar menunggu khabar berita juga suatu suara. Tangisan ..

Dia Menunggu ..


Menunggu ..


 
dan Menunggu ..

Lalu terdengar satu suara yang dinanti-nantikan. Satu tangisan bayi. Tangisan yang memecahkan kesunyian.
Laluu lahir lah si dia. TERISTIMEWA. Perasaan lega dan gembira si ayah juga si ibu dihembuskan pada bayi itu.
Dia yang digelar TERISTIMEWA lahir dengan sempurna ke dunia ini untuk menceriakan dan mewarnakan lagi kehidupan.





(17 years later)





20th May 2011, Johor Bahru,
17 tahun sudah berlalu dan kini TERISTIMEWA sudah melalui pelbagai dugaan serta corak dan permainan kehidupan. 2011 merupakan tahun yang mencabar dan penting bagi dia.
Semoga ALLAH S.W.T. memudahkan lagi perjalanan hidup dan murahkan lagi rezeki TERISTIMEWA. Amin~
Good luck untuk SPM ! Study smart !

HAPPY BIRTHDAY M A R ! :)
Sorry gambar buruk. Dah lama tak melukis. haha



"Happy Birthday to Maziah binti Abdul Razak.
Semoga panjang umur serta dimurahkan lagi rezeki dan memudahkan lagi segala urusan. Amin~" :)

Sunday, May 15, 2011

Confession from my heart : SELAMAT HARI GURU.

Guru
Yang memberi kita pelita
Menyinarkan cahaya dalam gelita
Membawa kita ke arah nyata

Guru
Pengganti ibu juga ayah
Ketika kami di sekolah
Memberi bimbingan juga nasihat

Guru
Mendidik kami menjadi insan
Membimbing kami menjadi manusia
Mengajar kita meneruskan perjuangan

Guru
Jika kami di puncak dunia
Menjadi manusia yang berguna
Tidak akan kami lupa di mana sejarahnya

SELAMAT HARI GURU
kepada semua insan yang bergelar guru
terutamanya yang telah mengajar saya serta
menasihat, memukul, mendidik dan sebagainya

SELAMAT HARI GURU cikguS !

Thursday, May 5, 2011

Confession from my heart : A moment to remember.

Aku ingin bermimpi. Bermimpi bersamamu. Bermimpi memilikmu. Bermimpi di sisimu. Dan jika "moment" itu datang. Aku berharap ia akan berulang lagi. Lagi dan lagi dan lagi. Kerana aku tidak akan jemu bersamamu.

If we are destined together, I will take the "moment" that we've been through as the most beautiful memories that I ever had. I am happy with you although only a second. Although only a "moment", I'm happy at beside you.

Jika kita terpisah, aku akan sentiasa menunggumu. Walaupun jasad tiada di mata. Namun rasa ini tetap di hati. Kekal selamanya. Ingin aku bercerita denganmu tentang "moment"-"moment" yang telah kita lalui dahulu jika kita bertemu kembali.

I want to be with you. I want to always be at your side. Anytime. Anywhere. Because I want to make a new story that entitled "A moment to remember". It's about you and me. At the Forever Land.

Tuesday, May 3, 2011

Dear diary : Fast and furious 5

Terbaik ! Terhebat ! Terganas ! dan segala jenis ter- guwa nak bagi dekat cerita Fast And Furious 5 (Fast 5). Cool gila ! first time guwa tengok trailer dekat youtube guwa dah kata dalam hati guwa "Guwa mesti tengok ini movie !" haha. Tengok dekat poster-poster tulis keluar pawagam 5 May 2011. Tapi macam mana boleh terkeluar awal pulak ? Bila guwa tengok schedule dekat internet, malam tadi last show and esoknya dah tak ada. pelik kan ? haha. Tapi apa-apa pun cerita tu memang terbaik dan memang tak rugi guwa tengok cerita ni dekat seat depan sekali. Yup, depan sekali. Sakit leher guwa. Kalau la seat tu boleh baringkan macam seat kereta, dah lama guwa baringkan seat tu and kalau betul boleh baringkan memang tiap-tiap kali tengok movie mesti pilih seat depan sekali. Ye la. Nak baring punya pasal. Kan ? haha.

GEMPAK ! haha.



Sunday, March 20, 2011

Dear diary : Hikayat Merong Mahawangsa !

Crying inside, smiling outside. Yeah. Dah hari keempat my grandmother pergi. Rasa macam semalam je  dia baru pergi. Apa-apa pun, hidup kena teruskan. Kan ? Like my father said : `Nak menangis masa dia sakit, bukan masa dia dah tak ada`. Yang pergi biarkan pergi. Yang hidup teruskan hidup. :)



..........



20 March 2011. Bersama seorang sahabat yang baru balik dari umrah, jejaka jambu form 3. haha & sepasang couple. Menonton cerita tempatan yang paling best guwa pernah tengok. Macam tengok cerita-cerita luar negara pon ada gak guwa rasa. haha. Macam tengok cerita 'The Chronicle of Narnia'. Best sangat-sangat ! Gila gempak dia punya cerita. Graphic pon baik. Kira okay sangat-sangat sebab first cerita Malaysia macam tu yang ada visual effect yang gempak gila. Memang 4 thumbs up (dengan ibu jari kaki sekali.) untuk KRU. Good job ! :) Tapi kan. Kenapa muka Khir Rahman lain masa dia botak ? haha.

Rasa nak tengok lagi la cerita ni. haha.

Kan ? Lain kan muka dia ? haha.

The HERO ! :D

Embok.

Prince. Mula-mula ingatkan dai dah mati. tiba-tiba boleh muncul lagi. Betol la orang cakap : ''Hero tak boleh mati.'' 

Princess. Cun siot. haha. :D

Thursday, March 17, 2011

Dear diary : She's gone. Gone forever.

17 March 2011,
Pagi yang redup kerana hujan turun dengan sayu sekali. Sedang aku lena dibuai mimpi. Tiba-tiba aku dikejutkan oleh makcik ku. Cara makcik aku  kejutkan aku tadi lain daripada yang lain. Dia menolak aku yang sedang tidur sekuat-kuatnya sambil berkata ''Bangun ! Tok Mek meninggal.'' Apabila aku mendengar kata-kata itu. Aku terus bangun dan terus ke bilik tetamu. Aku melihat jam menunjukkan pukul 7.30 pagi. Aku berkata dalam hati ''Aku tak solat Subuh ke tadi ? Aku tak sadar ke ?'' Selepas itu aku terus menuju ke bilik untuk solat ganti. Harap-harap Allah swt menerimanya. Amin~. Lalu aku ke bilik tetamu semula untuk melihat dan memastikan adakah benar kata-kata makcik aku tadi atau tidak. Ternyata benar. Nenek aku sudah tiada. Pergi untuk selamanya.

Karimah Binti Talib.
66 tahun.
Meninggal dunia pada 17 March 2011, pukul 7.15 am
Menghembuskan nafas terakhir nya di rumah aku.

Al-Fatihah kepada arwah.

Tuesday, March 15, 2011

Confession from my heart : Apa yang mereka tulis ?

Before I start. Guwa nak minta maaf awal-awal kepada sesiapa yang ter-rasa ngan post ni. Ni saja-saja je. Hilangkan bosan. haha. So, SORRY. No hurt feelings okay ! :)



..........



Selalunya apa yang anda semua tulis di status-status pada laman-laman sosial anda ? 
Kita selalu tengok di Facebook, Myspace, Twitter atau apa-apa laman sosial yang lain, Mereka akan tulis dekat status-status macam ni. :

1.
NOVA said : Kau bole belah r dari sini. Bab* punye budak ! Kau gi mampo* lagi bagus r bodo* !
  comment:
    Unknown1 : Siapa dok ? 
    NOVA : Ada r mamat tuh. Perangai macam bagus je. Huh !
    Unknown2 : Rilek bro. Jgn marah2. Siapa yang buat kau panas ni ? Bodo* betol budak tu !
    NOVA : Tengah rilek r nih ! Ada r budak tuh. Memang dia bodo* pon. Tak payah cakap. Aku dah tahu.

2.
NOVA said : Apa laa nak jadi dgn budak zaman sekarang ni. Tahu nak gi bandar je. Apa la yg ada kat bandar tu. Haish. 

3.
NOVA said : Entah apa la dengan budak2 ni. Macam bagus sangat je budak2 ''****'' ni. 
  comment:
    Unknown1 : Siapa ''mcm yeye'' ni bro ?
    NOVA : Group ''****'' ni la. Macam hot sangat je dorang ni.
    Unknown2 : Aku setuju ! Dorang macam hot sangat je.
    NOVA : Tahu takpe.

4.
NOVA said :  Tak boleh tido. Apa kita nak buat ?
  comment:
    Unknown1 : Baca buku.
    NOVA : Malas.
    Unknown1 : Solat.
    NOVA : Pun malas.
    Unknown1 : Err. Main game ?
    NOVA : Malas gak.

5.
NOVA said : Rumah aku banyak nyamuk. Argh !
  comment:
    Unknown1 : Banyak nyamuk pon nak tulis kat status ke ?
    NOVA : Diam la. Suka hati aku la bodo* !

6.
NOVA said : Terangi la hati dengan ilmu kerana TNB hanya dapat menerangi bumi.

7.
NOVA said : Hidup tak selalunya indah, tapi indah itu tetap hidup dalam kenangan.

8.
NOVA said : Lia. I love u !! <3

9.
NOVA said :
      I found you here, now please just stay for a while
      I can move on with you around
      I hand you my mortal life, but will it be forever?
      I'll do anything for a smile, holding you 'til our time is done
      We both know the day will come, but I don't want to leave you

10.
NOVA said : Seize the day. :)





Alright. Contoh 1 hingga 3 menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu / seseorang. 4 & 5 menyatakan apa yang mereka rasa atau lakukan pada masa tu. 6 hingga 10 pula mereka cuma bagi ayat yang tak kacau hidup orang lain
Guwa tak puas hati dengan 1, 2 & 3. Kenapa guwa tak puas hati ?
1. - Kenapa tak cakap je nama yang kita tak puas hati tu siapa ? Kan senang kalau kita tulis nama sekali. Orang boleh tahu siapa yang kita tak puas hati & orang lain pun tak terasa kalau kita dah letak nama orang tu. Kan ?
2. & 3. - Jangan cakap orang lain. Cermin dulu diri sendiri. Jangan fikir diri kita ''perfect'' sangat. Semua orang ada salah sendiri. Kan ? 
Okay. Yang lain tu tak la seteruk 1, 2, & 3 kan ? Yang 4, 5 & 8 tu agak funny sikit. Sebab takkan la tak boleh tidur & rumah banyak nyamuk pun nak bagitahu dekat orang ramai. Kan ? 8 pulak macam gedik je. Atau mungkin sestengah orang fikir itu 'romantik'. Kot ? 
9 tu sebenarnya verse lagu & 10 pulak tajuk lagu.
Status-status tu semua ada yang guwa ambil dari friends guwa. So, agak-agak tengok macam sama atau pernah tulis macam tu maaf kan guwa ye. haha. Mungkin tu semua kebetulan. Kan ? haha. :)


 SORRY again kalau ada sesiapa yang marah pasal benda ni. hehe. 
chow ! :)

Saturday, March 12, 2011

Confession from my heart : The use of blog

Apakah itu blog ?


Apakah kegunaan blog ? 


Kenapa blog dicipta ? 


My answer is ...

Blog adalah satu page yang kita bina sendiri di mana page tersebut kita boleh tulis suka hati kita. Tulis pasal masalah kehidupan seharian, masalah dunia, masalah hati, masalah kita dan lain-lain. Macam-macam boleh di buat dengan blog. Tapi tujuan utama ialah untuk share dengan orang lain. Sebab sharing is caring. Kan ? haha. 


Aku suka kan blog. Tak tahu kenapa. haha. Mungkin sebab aku boleh luahkan segala isi hati aku kot. Macam gadis luahkan perasaan dekat teddy bear. Macam seseorang yang maki puas-puas dalam hati dia. Macam seseorang cakap sorang-sorang masa buang air besar. (tak tahu la siapa yang buat. haha.)Walaupun tak ada follower. Dan aku tahu tak ada orang pon yang baca post ni. Tapi aku tetap nak menaip. Macam orang kata : 'Syok sendiri' . Tapi aku tak kisah kot. haha. :)

Friday, March 4, 2011

Dear diary : Physic! oh Fizik!

Sekarang dah bulan March. Kejap betul masa berlalu. Tak rasa apa-apa pun. Pejam celik pejam celik dah bulan March. Kejap betul masa berlalu. Macam tu je dia pergi. Pufft! See ? Like that. haha. 


. . . . . . . . . . 


Alright. Back to the topic. Tadi guwa balik tusyen Mathematics. Tapi cikgu Mathematics nya tak ada. (Kalau aku tahu tak ada. Memang aku tak datang tadi. huh!) So, ganti pulak dengan cikgu lain. Yang ganti tu pulak cikgu yang ajar aku Physic tusyen. cool!. Dalam hati guwa dah doa banyak-banyak. Minatak-mintak dia tak tanya pasal periksa Physic hari tu. Tak lama lepas tu dia tanya guwa. (dah agak dah.) Ini scene yang aku ingat tadi.



Cikgu: Nah. (Bagi satu surat dekat guwa)

(Guwa dengan perasaan ingin tahu yang terlalu tinggi melihat kertas itu. rupanya resit yuran tusyen. Guwa pun simpan kat dalam poket seluar.)

Cikgu: Haa. Hari tu boleh jawab tak ?

Guwa: Hari tu ? Exam Physic ke cikgu ?

Cikgu: Ye. (guwa fikir dalam hati dia mesti cakap camni. ''Takkan laa exam Sejarah pulak. Boleh buat-buat tanya pulak'')

Guwa: Err. Aaa. Bo.. Boleh kot. Err. Boleh laa.

Cikgu: Hmm.

Guwa: Kat situ ada soalan esei. Tak boleh jawab la cikgu.

Member guwa (Nak ada.): Esei ? Macam mana soalan dia ?

(Guwa dengan penuh yakin tak yakin terangkan macam mana soalan dia)

Member guwa: HAHAHA.

Guwa: Apa pasal kau gelak ? (cis!)

Member guwa: Kau tahu tak ? Soalan tu la yang paling senang. HAHA.

Guwa: Err. Ouh.

Member guwa: Cikgu kau tak ajar ke ?

Guwa: Err. Entah la. Ada kot rasanya. Tapi tak baca la yang tu.

Member guwa: Soalan tu 10 markah kan ?

Guwa: Ha a.

Member guwa: Kau tahu tak ? Soalan tu senang-senang je nak dapat full mark. HAHA. (Gelak cara gelak berlagak dia. Hati aku masa tu dah maki-maki dia.)

Guwa: (Sambung balik buat kerja. Dengan hati yang masih maki-maki dia.)

Macam ni. haha,


Okay. Sebenarnya kertas physic tu guwa banyak kosong kan. Bersih je kertas tu. Ada la yang 'comot-comot' sikit. haha. Essay tu pun aku biarkan kosng. Eh ! Bukan biarkan. Dah buat tapi padam balik sebab bila guwa fikir-fikirkan balik, lebih baik guwa biarkan kosong daripada cikgu gelakkan guwa. Jawapan yang guwa isi masa tu main hentam je. orang kata 'asal boleh'. Tapi bila guwa baca balik jawapan tu. Guwa rasa pelajar yang tak pandai physic pun akan gelakkan guwa sebab baca jawapan tu sebab ia lain daripada yang lain. Err. Apa yang 'lain daripada yang lain' tu ? Haa. Yang tu biar guwa je yang tahu. Biar guwa simpan kat dalam hati. Hee. :)


Mintak-mintak lulus Physic. Aminn..

Saturday, February 26, 2011

Dear diary : Exam !

Soalan + Tulisan + Kiraan + Jawapan = EXAM.
Wow. Aku lupa yang exam dah nak dekat. Tak prepare apa-apa pun lagi. gila la. haha.
So untuk exam kali ni. Aku tak harap apa-apa subject yg boleh score sebab ...
TOPIC-TOPIC FORM 5 SUSAH GILA !! Arghh ! Alright dude. It's time to study ! Yeah ! haha.

yeah. exam. *hate it !*

Thursday, February 17, 2011

Gunslinger

Yeah, you've been alone
I've been gone for far too long
But with all that we've been through
After all this time I'm coming home to you

Never let it show
The pain I've grown to know
’Cause with all these things we do
It don't matter when I'm coming home to you

I reach towards the sky I've said my goodbyes
My heart's always with you now
I won't question why so many have died
My prayers have made it through yeah
’Cause with all these things we do
It don't matter when I'm coming home to you

Letters keep me warm
Helped me through the storm
But with all that we've been through
After all this time I'm coming home to you

I reach towards the sky I've said my goodbyes
My heart's always with you now
I won't question why so many have died
My prayers have made it through yeah
’Cause with all these things we do
It don't matter when I'm coming home to you

I've always been true
I've waited so long just to come home to you
I'm making it through
It's been far too long, we've proven our
love over time’s so strong, in all that we do
The stars in the night, may lend me their light
to bring me closer to heaven with you

(Bring me closer)

But with all that we've been through
After all this time I'm coming home to you

I reach towards the sky I've said my goodbyes
My heart's always with you now
I won't question why so many have died
My prayers have made it through yeah
’Cause with all these things we do
It don't matter when I'm coming home to you

And with all that we've been through
After all this time I'm coming home to you

Sunday, February 6, 2011

Dear diary : BUJANG.

Semalam jadi orang bujang. haha. Tapi sehari je. huh ! Tidur rumah sewa abang aku dengan member-member  dia. Best gila ! haha. Rasa macam dah jadi budak umur 18 tahun ke atas. Bebas buat apa je. haha. Tapi bila fikir-fikir balik. Aku baru 17 tahun. Budak SPM. huh ? SPM ? Wooo ! Dah bulan 2 dah. Tak perasan pulak yang SPM makin dekat. haha. Orait2. Dah tiba masanya untuk serius. Jangan main-main. Yeah ! Jangan risau. Nanti aku duduk jugak rumah bujang macam abang aku tuu. Kan ? Yeah. haha.

Friday, February 4, 2011

Confession from my heart : I want to fly.

I want to fly.
Fly like a bird.
Fly freely in the sky.
Doesn't know pain and suffer.

I want to fly.
Like thousands of thousand of balloons flying in the sky.
And the balloons will coloring the sky.
Replacing the clouds for a while.

I want to fly.
Using the thousands of balloons.
Fly with the birds and fly freely.
And bring the dreams to the sky.


high.







high.







high.










to the sky ... :)

Tuesday, February 1, 2011

Dear diary : ABANG.

Kebaikan abang saya di rumah :
-Boleh ajak dia keluar jalan-jalan.
-Boleh bantai laptop dia.
-Boleh main PSP dia.
-Boleh guna Adobe Photoshop & Adobe Illustrator dekat laptop dia.
-Boleh overnight sebab dia.

Keburukan abang saya di rumah :
-Gaduh
-Katil sempit. haha.
-Apa yang aku buat semua tak kena.

Kebaikan ada abang :
-Boleh buat kawan.

Keburukan ada abang :
-Boleh buat lawan.



moral value : hargailah abang kita.
sekian terima kasih,

Sunday, January 30, 2011

Confession from my heart : Janji.

Kalau awak menangis.
Saya janji yang saya akan hiburkan awak.
Saya nak awak ketawa. Macam biasa.

Kalau awak ada masalah. 
Saya janji yang saya akan tolong awak selesaikannya.
Biarkan masalah awak menjadi masalah kita.

Kalau awak kesunyian.
Saya janji yang saya akan temankan awak.
Awak boleh berbual dengan saya.

Kalau awak tak suka saya.
Saya janji yang saya akan pergi.
Tinggalkan awak agar awak boleh bahagia dengan dia.

Kalau awak bahagia dengan dia.
Saya janji saya akan senyum.
Walaupun hati saya terluka tapi kalau awak bahagia, saya pun bahagia. :)

Saturday, January 29, 2011

Dear diary : Rakannya atau Abangnya ?

Jika seorang adik melakukan kesalahan yang boleh menitiskan air mata seorang ibu ...
Siapakah yang patut disalahkan ? Adik ? Rakan ? atau ABANG ? 
Kesalahan dia disebabkan siapa ? Pengaruh rakan ? atau pengaruh abang ? 
Siapa yang dia ikut ? Rakan dia ? atau Abang dia ?
Aku tak tahu lagi nak buat apa. Nak tumbuk ? Nak pukul ? Nak membebel ? Ke berdiam diri ? ... Betul ke aku dah jadi abang yang baik ? atau aku cuma menyusahkan adik aku je selama ni. Apa yang patut aku buat sekarang ? 


Adik,
Dah berapa kali aku cakap kat kau. Jangan jadi macam aku. Jangan nak asyik buat kesalahan yang boleh buat ibu menangis je. Apa yang aku boleh buat supaya kau boleh dengar cakap ibu dengan ayah ? Tolong la. Fikirkan masa depan ! Fikir la yang dunia ni cuma sementara. Tolong fikir. Tu untuk kebaikan kau jugak.

From,
Your brother.






Sori. Takda mood. :(

I Won't See You Tonight (2)

...And this is pat 2


Come back to me, this is unconceivable
Breaking apart the ones you love
Hate runs deep for what you've done to us
Left alone through suicide... suicide

I just want to die, take away my life
Lay by your side

Come back to me, this is unconceivable
Breaking apart the ones you love
Hate runs deep for what you've done to us
Left alone through suicide

Look at my face you pierce with a blank stare
No dream could prepare a heart for a lifeless friend.
He's gone. Nothing will take back time.
I need him back, but nothing will take back time.
(Take back time)

I can see just fine, with you in my life, 
and there by my side as it starts to fade
I know this can't be right, stuck in a dream
A nightmare full of sorrow

Nightmare - full of pain
Nightmare - full of pain

I look back and see the twisted road
Best friends and despair took it's toll
Take away
Take away
Take away
Take away

You can't be replaced
I'm left alone with you
In spirit and the words
You wrote to me

Sorrow, sank deep inside my blood
All the ones around me, I cared for
And most of all I loved
But I can't see myself that way
Please don't forget me
Or cry while I'm away

Look at my face you pierce with a blank stare
No dream could prepare a heart for a lifeless friend.
He's gone. Nothing will take back time.
I need him back, but nothing will take back time.
(take back time)

I can see just fine, with you in my life,
(And)there by my side as it starts to fade
I know this can't be right, stuck in a dream
A nightmare full of sorrow
I can see just fine, with you in my life, 
And there by my side as it starts to fade
I know this can't be right, stuck in a dream
A nightmare full of sorrow

Dear diary : Hey Ho Let's Go !

Di pagi Sabtu ini. Jam menunjukkan pukul 9am (masih bleum mandi. haha.) Cuti sekolah telah bermula ! Yeahh! Cuti tahun baru cina. Best2 ! Baru sebulan sekolah, dah dapat cuti seminggu. haha.
Dan sekarang tengah menunggu kepulangan abang ku dari Shah Alam. Seminggu katil sempit sebab ada dia. Kalau dia tak ada, katil yang boleh tidur seramai lebih seorang tu menjadi milik aku seorang. haha.
Tapi cuti ni nak buat apa ? Enjoy or Study ?


(Enjoy laa bro. Kata cuti kan? Lek2 sudah.) err ...


 
arr ...(Study! Tahun ni SPM. Biar susah sekarang. Senang2 kemudian.)



Mana satu ni ?! Study ? Enjoy ? Enjoy ? Study ? Haish ! takpa2. Buat dua dua. STUDY and ENJOY ! Boleh kan ? haha. Pandai bahagikan masa. InshaAllah boleh. :) 
And kepada sesiapa yang sambut tahun baru cina ni. SELAMAT TAHUN BARU CINA ! nak Ang Pau ? haha. Kepada yang dapat cuti. Selamat bercuti. :)

Wednesday, January 26, 2011

Confession from my heart : Sebab saya sayang awak.

Awak buat saya kecewa.
Tapi saya masih boleh senyum.
Kenapa ?
Sebab saya tak nak awak nampak yang saya tengah sedih.
Kenapa saya buat macam tu ?
Sebab saya sayang awak. Saya tak nak tengok awak rasa serba salah.

Awak selalu bersama dia.
Tapi saya masih boleh senyum.
Kenapa ?
Sebab saya berjaya tutup perasaan sedih dan cemburu saya dengan senyuman paksa saya.
Kenapa saya buat macam tu ?
Sebab saya sayang awak. Saya taknak sebab saya, awak dengan dia dah tak rapat.

Awak ketawa-ketawa, main pukul-pukul dengan dia.
Tapi saya masih boleh senyum.
Kenapa ?
Sebab saya nangis dalam hati. So, awak tak boleh nampak.
Kenapa saya buat macam tu ?
Sebab saya sayang awak. Saya nak tengok awak bahagia.

Kenapa saya buat semua ni ?
Sebab saya sayang awak.

Kenapa saya buat macam tu ?
Sebab saya sayang awak.

Kenapa ?
Sebab saya sayang awak. :)

Sunday, January 23, 2011

I Won't See You Tonight

Cry alone, I've gone away
No more nights, no more pain
I've gone alone, took all my strength
I've made the change,
I won't see you tonight

Sorrow, sank deep inside my blood
All the ones around me
I cared for and loved

It's building up inside of me
A place so dark, so cold, I had to set me free
Don't mourn for me,
You're not the one to place the blame
As bottles call my name I won't see you tonight

Sorrow sank deep inside my blood
All the ones around me
I cared for and most of all I loved
But I can't see myself that way
Please don't forget me or cry while I'm away

Cry alone, I've gone away
No more nights, no more pain
I've gone alone, took all my strength
But I've made the change,
I won't see you tonight

So far away, I'm gone.
Please don't follow me tonight
And while I'm gone everything will be alright

No more breath inside
Essence left my heart tonight
No more breath inside
Essence left my heart tonight
This is part 1...

Saturday, January 15, 2011

Confession from my heart : The story of my life.....

.













































































































































































Hidup aku dah kosong sekarang.

Monday, January 3, 2011

Dear diary : First day !

Hari pertama ku sebagai pelajar FORM 5. WOW ! haha. Jadi budak-budak senior. Tapi tak rasa pon ? haha. Cikgu guwa kata minggu depan dah start kelas tambahan. Haa ! WTHair ! Minggu kedua sekolah dah ada kelas tambahan ? Perghh ! Tadi cikgu add math guwa kata malam ni ade tusyen. WTHair lagi ! haha. Lepak-lepak laa dulu. Haihh. haha. Takpe takpe. Susah sekarang, enjoy kemudian. SPM punya pasal. Guwa sanggup. Yeahhh !!! haha. :D

Sunday, January 2, 2011

Dear diary : Esok sekolah ?

What the HAIR ! Esok sekolah ke ? Arghhh ! Aku dah form 5 ? Arghhh ! Tahun ni SPM ? Arghhh ! Dah tak boleh enjoy ? Arghhh ! Dah tak boleh jamming ? Arghhh ! Tak boleh main gitar selalu ? Arghhh ! Kelas tambahan hampir tiap-tiap hari ? Arghhh ! Cikgu yang ajar tak best ? err. haha. Tak sangka esok dah sekolah.
Haihh. Boleh tak kalau esok tak nak sekolah ? haha.

Saturday, January 1, 2011

Confession from my heart : Hello 2011. :)

2011.
Sweet 17.
SPM.
Last year.
Senior year.
hmm... 



...



...


...





Tak sangka hari ni dah tahun 2011. Alhamdulillah. Hidup lagi guwa kat dunia ni. 

Tahun ni tahun terakhir guwa menjadi pelajar sekolah. Tak sangka. Dah besar dah guwa. Nak amek SPM. Pergh ! Dulu guwa selalu cakap ''Bila nak abes SPM ni? Tak sabar-sabar nak abes SPM. Boleh enjoy puas-puas. haha.'' Bile guwa cakap macam tu je dekat budak-budak yang dah habis sekolah, semua marah dekat guwa. ''Kau ingat best ke dah habis sekolah ?! Kau tahu tak bila kau dah abes sekolah nanti kau kena kerja. Cari duit sendiri. Takde nye mak bapak nak bagi duit belanja tiap2 hari dah. Kau kena cari duit sendiri !'' (Contoh ayat yang diberi diorang dekat guwa.) Bila dah masuk tahun 2011 ni. Berat pula hati guwa nak terima. Mungkin sebab guwa tak ready lagi kot nak jadi pelajar form 5. Argghh ! SPM ! SPM ! Buat yang terBAIK ! haha. 

Harap tahun 2011 ni akan jadi tahun yang paling BEST dalam hidup guwa. Biar guwa dapat ingat sampai bila-bila. Insha'Allah. :) 



Ya Allah ya tuhan kami. 
KAU panjangkanlah umur kami. 
Murahkanlah rezeki kami. 
Halalkan rezeki-rezeki kami. 
Tunjukkan kapada kami jalan yang benar. 
Berikan kami rahmat dan hidayah MU. 
Jadikanlah tahun 2011 tahun yang diberkati.
amin...