Saturday, August 13, 2011

Confession from my heart : Wanita terbaik di hidupku

Yang melahirkan ku. Yang membesarkan ku. Yang menjaga ku. Yang mendidik ku. Yang mengajar ku.
Dia wanita terbaik di hidup ku.
Kerna dia, aku di sini. Kerna dia, aku tidak sepi. Kerna dia, aku bangkit. Kerna dia, aku begini.
Dia wanita terbaik di hidupku ; IBU. :)

Tuesday, July 5, 2011

Confession from my heart : Lagu+Lirik=Music

Kalau dulu aku tak layan lagu orang putih, di waktu sekolah rendah aku dengar music-music barat ..
Kalau dulu aku tak layan lagu genre metal, di waktu Tingkatan 1 aku kenal band-band yang ber-genre
metal ..
Kalau dulu aku tak layan lagu british, di waktu Tingkatan 2 aku layan band Arctic Monkeys ..
Kalau dulu aku tak layan music hardcore, di waktu Tingkatan 3 aku terpengaruh dengan budaya "Straight
Edge" ..
Kalau dulu aku tak layan lagu-lagu rancak, di waktu aku bergembira aku dengar lagu-lagu dari Sex Pistol dan Second Combat ..
Kalau dulu aku tak layan music keras, di waktu aku Tingkatan 4 aku kenal Avenged Sevenfold ..
Kalau dulu aku tak layan music jiwang, di waktu aku bersedih aku layan lagu slow ..

Nampak ? Music penting dalam hidup kita. Bagi guwa, Music merupakan satu fashion dan emosi. Lagu yang terbaik adalah rentak music yang  boleh masuk dalam jiwa seseorang (bak kata orang; feeling habis) berserta dengan lirik lagu yang penuh dengan maksud yang tersendiri dan mudah difahami. Kalau guwa ada terdengar lagu-lagu yang best, guwa akan baca lirik dia. Lagu juga boleh membantu kita dari segi emosi. Lain mood, lain genre. Kan ? Guwa pon bukan nya pakar dalam music ni. Tapi cuma ingin kata apa yang guwa rasa.

Nak tambah sikit lagi ..
Kalau dulu aku tidak pandai memetik gitar, di waktu kini aku ingin cipta lagu sendiri
*okay. Hanya angan-angan. haha.

Chow !

Tuesday, June 28, 2011

Confession from my heart : Peluang sudah tiada, dah malas nak kejar ..

Hanya mampu melihat, hanya mampu diam, tak berani ingin bersuara ..
Mungkin aku seorang lelaki yang pengecut. Dilahirkan sebagai seorang yang dayus. Mungkin ..
Mungkin aku seorang lelaki yang lambat bertindak. Tidak menghargai peluang di depan mata. Mungkin ..
Mungkin aku seorang lelaki yang pemalas. Lebih bagus hidup begini. Mungkin ..
Tidak kah itu hanya mungkin ? Aku boleh berubah bukan ? Ya. Memang aku boleh berubah.
Tapi peluang itu sudah tiada. Sudah lari. Sudah pergi. Entah ke mana.
Dan aku malas nak kejar. Malas nak mencari. Malas nak gunakan peluang itu. Hanya berfikir satu perkara; "Biar saja dia. Asalkan dia bahagia, aku juga bahagia. Bukan ?"
Mungkin betul apa yang aku kata. Aku seorang yang penakut, lambat bertindak dan pemalas.
Aku hanya boleh melihat sahaja. Aku hanya boleh berkata "Peluang sudah tiada. Dan aku malas nak kejar" Biarkan sahaja .. Dia bahagia aku pun bahagia. Mungkin ...