Saturday, May 28, 2011

Dear Diary : Cuti sekolah .. LET'S ROCK !



Apabila otak sudah retak seribu,
Badan bagai sotong kurang protein,

Kini sudah tiba masanya untuk ..



Berehat !! (Iya ke ? Rutin harian makin sibuk dengan buku-buku. Bila nak berehat ?)

Bercuti !! (Iye ke ? Nak pergi mana-mana mesti ada buku. Sebelum keluar rumah mesti study dulu. Baru boleh keluar pergi jalan-jalan)

Lari dari kerja sekolah !! (Iya ke ? Sebelum cuti cikgu bagi setiap matapelajaran ada kerja sekolah. Boleh ke lari dari kerja sekolah ? Tak mungkin)

Tak perlu hadir ke sekolah !! (Iya ke ? Tapi cikgu-cikgu da sediakan hari untuk kelas tambahan masa cuti. Seronok kan ?)

Enjoy !! (Iya ke ? Bila nak enjoy je teringat SPM semakin hampir. Enjoy kan ? Sambil berseronok sambil ingat SPM. Bukan kah itu "best" ?)


Seriously, guwa tak suka orang kacau cuti guwa. haha. Wajib datang ke kelas tambahan tu ? Cikgu-cikgu tak nak ke bercuti ? Cikgu-cikgu tak nak berehat ke ? Kesian cikgu .. Pergi la bercuti. Please~ haha.


Cuti dua minggu bro ! Macam-macam plan dalam kepala otak guwa ni. Macam-macam benda guwa nak buat. Itu pun kalau tak ada perosak kebahagiaan orang. haha.

Monday, May 23, 2011

Confession from my heart : Sejarah berulang lagi. Aku menangis ..

Kebenaran hanya membuatkan kita lebih terluka. Mungkin sebab itu orang lebih suka menipu daripada jujur. kan ?

Aku rasa kecewa. Kecewa sangat-sangat. Aku tidak tahu apa langkah aku seterusnya. Ke kiri ? Atau ke kanan ?

Adakah aku seorang pelakon yang hebat ? Atau seorang hipokrit yang hebat ?

Aku tak sanggup pakai topeng ini lagi. Topeng ini hanya menutup kesedihan sahaja. Topeng ini hanya menunjukkan senyuman sahaja. Tidak menunjukkan perasaan sebenar aku.

Aku tak sanggup menggunakan suara ini lagi. Suara ini membuatkan aku kelihatan lebih ceria. Gelak ketawa yang ceria ini menunjukkan diri aku bagaikan tiada masalah langsung. Bahagia selalu.

Aku dah tak sanggup. Hanya di sini saja aku dapat luahkan rasa sakit ini.

Blog. Thank you for listening.

Aku tak sanggup ditipu lagi. Aku tak sanggup kecewa lagi. Aku tak sanggup menangis lagi. Aku dah tak sanggup. Please. PLEASE STOP !! :(







Mungkin benar kata orang.
Walau bagaimanapun hidup kita,
kita kena hadapinya dengan tenang.
Kerana kita hanya merancang,
Allah SWT yang menentukannya ..
Mungkin benar kata ibu.
Jangan layan sangat perasaan kita,
nanti ia semakin menjadi-jadi.
Bertambah sakit,
bertambah perit ..



Tapi aku dah tak sanggup,
Hadapi semua ini,
Menahan semua ini,
Menanggung semua ini,



Please stop,
I cannot handle all this things again,
It kills me .. :(

Sunday, May 22, 2011

Dear Diary : NUR KASIH The Movie



Nur Kasih The Movie : Cerita ni memang sedih la tapi guwa tak boleh nak menangis hanya disebabkan jokes member-member guwa yang telah menyebabkan air mata guwa terbantut. haha. Di sini guwa ingin berkata sesuatu. DRAMA LAGI BEST DARI MOVIE. Tu je guwa nak bagitahu. Sekian terima kasih. haha. Kenapa guwa kata begitu ? Sebab :

 
1. Cerita Nur tua tu telah menyebabkan guwa hampir tak faham dengan cerita ini. Nasib baik tengok dua kali. haha.

2. Jalan cerita dia walaupun mudah difahami. Tapi agak bersepah sikit. Sikit je la. Tak banyak pon. haha.

3. Gambar-gambar macam tak real sangat. Seperti lukisan. Paling kelakar guwa rasa masa kemalangan kereta api. Masa tu guwa ketawa sebab api dia cute sangat. haha.

4. Paling guwa tak puas hati : Kenapa isteri Aidil mati disebabkan "layang-layang" ? Ingat kan dia mati sebab sakit. Haishh. Tak seronok betul. haha.

5. Ada part yang tak faham sangat. Contoh : Aidil dipukul sebab apa ? Sebab dia fikir Aidil rampas awek dia ? hmm. Macam kelakar je. haha.


Tapi guwa suka dia punya shoot, tempat especially dekat kampung (kampung mana tu ? nak pergi la. haha.), jalan cerita dia (ada sikit tak suka) & LAGU. woo. haha. 






Sorry for the comments. :)

Friday, May 20, 2011

Confession from my heart : 20th MAY

20th MAY 1994, Kuala Lumpur,
Pada satu petang, tika sang mentari sedang menyinar, menghembus cahaya terangnya ke dalam kamar,  menerangi si gelita di dalam kamar itu.
Ketika itu, perasaan si bapa yang tidak menentu sedang sabar menunggu khabar berita juga suatu suara. Tangisan ..

Dia Menunggu ..


Menunggu ..


 
dan Menunggu ..

Lalu terdengar satu suara yang dinanti-nantikan. Satu tangisan bayi. Tangisan yang memecahkan kesunyian.
Laluu lahir lah si dia. TERISTIMEWA. Perasaan lega dan gembira si ayah juga si ibu dihembuskan pada bayi itu.
Dia yang digelar TERISTIMEWA lahir dengan sempurna ke dunia ini untuk menceriakan dan mewarnakan lagi kehidupan.





(17 years later)





20th May 2011, Johor Bahru,
17 tahun sudah berlalu dan kini TERISTIMEWA sudah melalui pelbagai dugaan serta corak dan permainan kehidupan. 2011 merupakan tahun yang mencabar dan penting bagi dia.
Semoga ALLAH S.W.T. memudahkan lagi perjalanan hidup dan murahkan lagi rezeki TERISTIMEWA. Amin~
Good luck untuk SPM ! Study smart !

HAPPY BIRTHDAY M A R ! :)
Sorry gambar buruk. Dah lama tak melukis. haha



"Happy Birthday to Maziah binti Abdul Razak.
Semoga panjang umur serta dimurahkan lagi rezeki dan memudahkan lagi segala urusan. Amin~" :)

Sunday, May 15, 2011

Confession from my heart : SELAMAT HARI GURU.

Guru
Yang memberi kita pelita
Menyinarkan cahaya dalam gelita
Membawa kita ke arah nyata

Guru
Pengganti ibu juga ayah
Ketika kami di sekolah
Memberi bimbingan juga nasihat

Guru
Mendidik kami menjadi insan
Membimbing kami menjadi manusia
Mengajar kita meneruskan perjuangan

Guru
Jika kami di puncak dunia
Menjadi manusia yang berguna
Tidak akan kami lupa di mana sejarahnya

SELAMAT HARI GURU
kepada semua insan yang bergelar guru
terutamanya yang telah mengajar saya serta
menasihat, memukul, mendidik dan sebagainya

SELAMAT HARI GURU cikguS !

Thursday, May 5, 2011

Confession from my heart : A moment to remember.

Aku ingin bermimpi. Bermimpi bersamamu. Bermimpi memilikmu. Bermimpi di sisimu. Dan jika "moment" itu datang. Aku berharap ia akan berulang lagi. Lagi dan lagi dan lagi. Kerana aku tidak akan jemu bersamamu.

If we are destined together, I will take the "moment" that we've been through as the most beautiful memories that I ever had. I am happy with you although only a second. Although only a "moment", I'm happy at beside you.

Jika kita terpisah, aku akan sentiasa menunggumu. Walaupun jasad tiada di mata. Namun rasa ini tetap di hati. Kekal selamanya. Ingin aku bercerita denganmu tentang "moment"-"moment" yang telah kita lalui dahulu jika kita bertemu kembali.

I want to be with you. I want to always be at your side. Anytime. Anywhere. Because I want to make a new story that entitled "A moment to remember". It's about you and me. At the Forever Land.

Tuesday, May 3, 2011

Dear diary : Fast and furious 5

Terbaik ! Terhebat ! Terganas ! dan segala jenis ter- guwa nak bagi dekat cerita Fast And Furious 5 (Fast 5). Cool gila ! first time guwa tengok trailer dekat youtube guwa dah kata dalam hati guwa "Guwa mesti tengok ini movie !" haha. Tengok dekat poster-poster tulis keluar pawagam 5 May 2011. Tapi macam mana boleh terkeluar awal pulak ? Bila guwa tengok schedule dekat internet, malam tadi last show and esoknya dah tak ada. pelik kan ? haha. Tapi apa-apa pun cerita tu memang terbaik dan memang tak rugi guwa tengok cerita ni dekat seat depan sekali. Yup, depan sekali. Sakit leher guwa. Kalau la seat tu boleh baringkan macam seat kereta, dah lama guwa baringkan seat tu and kalau betul boleh baringkan memang tiap-tiap kali tengok movie mesti pilih seat depan sekali. Ye la. Nak baring punya pasal. Kan ? haha.

GEMPAK ! haha.