Sunday, March 20, 2011

Dear diary : Hikayat Merong Mahawangsa !

Crying inside, smiling outside. Yeah. Dah hari keempat my grandmother pergi. Rasa macam semalam je  dia baru pergi. Apa-apa pun, hidup kena teruskan. Kan ? Like my father said : `Nak menangis masa dia sakit, bukan masa dia dah tak ada`. Yang pergi biarkan pergi. Yang hidup teruskan hidup. :)



..........



20 March 2011. Bersama seorang sahabat yang baru balik dari umrah, jejaka jambu form 3. haha & sepasang couple. Menonton cerita tempatan yang paling best guwa pernah tengok. Macam tengok cerita-cerita luar negara pon ada gak guwa rasa. haha. Macam tengok cerita 'The Chronicle of Narnia'. Best sangat-sangat ! Gila gempak dia punya cerita. Graphic pon baik. Kira okay sangat-sangat sebab first cerita Malaysia macam tu yang ada visual effect yang gempak gila. Memang 4 thumbs up (dengan ibu jari kaki sekali.) untuk KRU. Good job ! :) Tapi kan. Kenapa muka Khir Rahman lain masa dia botak ? haha.

Rasa nak tengok lagi la cerita ni. haha.

Kan ? Lain kan muka dia ? haha.

The HERO ! :D

Embok.

Prince. Mula-mula ingatkan dai dah mati. tiba-tiba boleh muncul lagi. Betol la orang cakap : ''Hero tak boleh mati.'' 

Princess. Cun siot. haha. :D

Thursday, March 17, 2011

Dear diary : She's gone. Gone forever.

17 March 2011,
Pagi yang redup kerana hujan turun dengan sayu sekali. Sedang aku lena dibuai mimpi. Tiba-tiba aku dikejutkan oleh makcik ku. Cara makcik aku  kejutkan aku tadi lain daripada yang lain. Dia menolak aku yang sedang tidur sekuat-kuatnya sambil berkata ''Bangun ! Tok Mek meninggal.'' Apabila aku mendengar kata-kata itu. Aku terus bangun dan terus ke bilik tetamu. Aku melihat jam menunjukkan pukul 7.30 pagi. Aku berkata dalam hati ''Aku tak solat Subuh ke tadi ? Aku tak sadar ke ?'' Selepas itu aku terus menuju ke bilik untuk solat ganti. Harap-harap Allah swt menerimanya. Amin~. Lalu aku ke bilik tetamu semula untuk melihat dan memastikan adakah benar kata-kata makcik aku tadi atau tidak. Ternyata benar. Nenek aku sudah tiada. Pergi untuk selamanya.

Karimah Binti Talib.
66 tahun.
Meninggal dunia pada 17 March 2011, pukul 7.15 am
Menghembuskan nafas terakhir nya di rumah aku.

Al-Fatihah kepada arwah.

Tuesday, March 15, 2011

Confession from my heart : Apa yang mereka tulis ?

Before I start. Guwa nak minta maaf awal-awal kepada sesiapa yang ter-rasa ngan post ni. Ni saja-saja je. Hilangkan bosan. haha. So, SORRY. No hurt feelings okay ! :)



..........



Selalunya apa yang anda semua tulis di status-status pada laman-laman sosial anda ? 
Kita selalu tengok di Facebook, Myspace, Twitter atau apa-apa laman sosial yang lain, Mereka akan tulis dekat status-status macam ni. :

1.
NOVA said : Kau bole belah r dari sini. Bab* punye budak ! Kau gi mampo* lagi bagus r bodo* !
  comment:
    Unknown1 : Siapa dok ? 
    NOVA : Ada r mamat tuh. Perangai macam bagus je. Huh !
    Unknown2 : Rilek bro. Jgn marah2. Siapa yang buat kau panas ni ? Bodo* betol budak tu !
    NOVA : Tengah rilek r nih ! Ada r budak tuh. Memang dia bodo* pon. Tak payah cakap. Aku dah tahu.

2.
NOVA said : Apa laa nak jadi dgn budak zaman sekarang ni. Tahu nak gi bandar je. Apa la yg ada kat bandar tu. Haish. 

3.
NOVA said : Entah apa la dengan budak2 ni. Macam bagus sangat je budak2 ''****'' ni. 
  comment:
    Unknown1 : Siapa ''mcm yeye'' ni bro ?
    NOVA : Group ''****'' ni la. Macam hot sangat je dorang ni.
    Unknown2 : Aku setuju ! Dorang macam hot sangat je.
    NOVA : Tahu takpe.

4.
NOVA said :  Tak boleh tido. Apa kita nak buat ?
  comment:
    Unknown1 : Baca buku.
    NOVA : Malas.
    Unknown1 : Solat.
    NOVA : Pun malas.
    Unknown1 : Err. Main game ?
    NOVA : Malas gak.

5.
NOVA said : Rumah aku banyak nyamuk. Argh !
  comment:
    Unknown1 : Banyak nyamuk pon nak tulis kat status ke ?
    NOVA : Diam la. Suka hati aku la bodo* !

6.
NOVA said : Terangi la hati dengan ilmu kerana TNB hanya dapat menerangi bumi.

7.
NOVA said : Hidup tak selalunya indah, tapi indah itu tetap hidup dalam kenangan.

8.
NOVA said : Lia. I love u !! <3

9.
NOVA said :
      I found you here, now please just stay for a while
      I can move on with you around
      I hand you my mortal life, but will it be forever?
      I'll do anything for a smile, holding you 'til our time is done
      We both know the day will come, but I don't want to leave you

10.
NOVA said : Seize the day. :)





Alright. Contoh 1 hingga 3 menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu / seseorang. 4 & 5 menyatakan apa yang mereka rasa atau lakukan pada masa tu. 6 hingga 10 pula mereka cuma bagi ayat yang tak kacau hidup orang lain
Guwa tak puas hati dengan 1, 2 & 3. Kenapa guwa tak puas hati ?
1. - Kenapa tak cakap je nama yang kita tak puas hati tu siapa ? Kan senang kalau kita tulis nama sekali. Orang boleh tahu siapa yang kita tak puas hati & orang lain pun tak terasa kalau kita dah letak nama orang tu. Kan ?
2. & 3. - Jangan cakap orang lain. Cermin dulu diri sendiri. Jangan fikir diri kita ''perfect'' sangat. Semua orang ada salah sendiri. Kan ? 
Okay. Yang lain tu tak la seteruk 1, 2, & 3 kan ? Yang 4, 5 & 8 tu agak funny sikit. Sebab takkan la tak boleh tidur & rumah banyak nyamuk pun nak bagitahu dekat orang ramai. Kan ? 8 pulak macam gedik je. Atau mungkin sestengah orang fikir itu 'romantik'. Kot ? 
9 tu sebenarnya verse lagu & 10 pulak tajuk lagu.
Status-status tu semua ada yang guwa ambil dari friends guwa. So, agak-agak tengok macam sama atau pernah tulis macam tu maaf kan guwa ye. haha. Mungkin tu semua kebetulan. Kan ? haha. :)


 SORRY again kalau ada sesiapa yang marah pasal benda ni. hehe. 
chow ! :)

Saturday, March 12, 2011

Confession from my heart : The use of blog

Apakah itu blog ?


Apakah kegunaan blog ? 


Kenapa blog dicipta ? 


My answer is ...

Blog adalah satu page yang kita bina sendiri di mana page tersebut kita boleh tulis suka hati kita. Tulis pasal masalah kehidupan seharian, masalah dunia, masalah hati, masalah kita dan lain-lain. Macam-macam boleh di buat dengan blog. Tapi tujuan utama ialah untuk share dengan orang lain. Sebab sharing is caring. Kan ? haha. 


Aku suka kan blog. Tak tahu kenapa. haha. Mungkin sebab aku boleh luahkan segala isi hati aku kot. Macam gadis luahkan perasaan dekat teddy bear. Macam seseorang yang maki puas-puas dalam hati dia. Macam seseorang cakap sorang-sorang masa buang air besar. (tak tahu la siapa yang buat. haha.)Walaupun tak ada follower. Dan aku tahu tak ada orang pon yang baca post ni. Tapi aku tetap nak menaip. Macam orang kata : 'Syok sendiri' . Tapi aku tak kisah kot. haha. :)

Friday, March 4, 2011

Dear diary : Physic! oh Fizik!

Sekarang dah bulan March. Kejap betul masa berlalu. Tak rasa apa-apa pun. Pejam celik pejam celik dah bulan March. Kejap betul masa berlalu. Macam tu je dia pergi. Pufft! See ? Like that. haha. 


. . . . . . . . . . 


Alright. Back to the topic. Tadi guwa balik tusyen Mathematics. Tapi cikgu Mathematics nya tak ada. (Kalau aku tahu tak ada. Memang aku tak datang tadi. huh!) So, ganti pulak dengan cikgu lain. Yang ganti tu pulak cikgu yang ajar aku Physic tusyen. cool!. Dalam hati guwa dah doa banyak-banyak. Minatak-mintak dia tak tanya pasal periksa Physic hari tu. Tak lama lepas tu dia tanya guwa. (dah agak dah.) Ini scene yang aku ingat tadi.



Cikgu: Nah. (Bagi satu surat dekat guwa)

(Guwa dengan perasaan ingin tahu yang terlalu tinggi melihat kertas itu. rupanya resit yuran tusyen. Guwa pun simpan kat dalam poket seluar.)

Cikgu: Haa. Hari tu boleh jawab tak ?

Guwa: Hari tu ? Exam Physic ke cikgu ?

Cikgu: Ye. (guwa fikir dalam hati dia mesti cakap camni. ''Takkan laa exam Sejarah pulak. Boleh buat-buat tanya pulak'')

Guwa: Err. Aaa. Bo.. Boleh kot. Err. Boleh laa.

Cikgu: Hmm.

Guwa: Kat situ ada soalan esei. Tak boleh jawab la cikgu.

Member guwa (Nak ada.): Esei ? Macam mana soalan dia ?

(Guwa dengan penuh yakin tak yakin terangkan macam mana soalan dia)

Member guwa: HAHAHA.

Guwa: Apa pasal kau gelak ? (cis!)

Member guwa: Kau tahu tak ? Soalan tu la yang paling senang. HAHA.

Guwa: Err. Ouh.

Member guwa: Cikgu kau tak ajar ke ?

Guwa: Err. Entah la. Ada kot rasanya. Tapi tak baca la yang tu.

Member guwa: Soalan tu 10 markah kan ?

Guwa: Ha a.

Member guwa: Kau tahu tak ? Soalan tu senang-senang je nak dapat full mark. HAHA. (Gelak cara gelak berlagak dia. Hati aku masa tu dah maki-maki dia.)

Guwa: (Sambung balik buat kerja. Dengan hati yang masih maki-maki dia.)

Macam ni. haha,


Okay. Sebenarnya kertas physic tu guwa banyak kosong kan. Bersih je kertas tu. Ada la yang 'comot-comot' sikit. haha. Essay tu pun aku biarkan kosng. Eh ! Bukan biarkan. Dah buat tapi padam balik sebab bila guwa fikir-fikirkan balik, lebih baik guwa biarkan kosong daripada cikgu gelakkan guwa. Jawapan yang guwa isi masa tu main hentam je. orang kata 'asal boleh'. Tapi bila guwa baca balik jawapan tu. Guwa rasa pelajar yang tak pandai physic pun akan gelakkan guwa sebab baca jawapan tu sebab ia lain daripada yang lain. Err. Apa yang 'lain daripada yang lain' tu ? Haa. Yang tu biar guwa je yang tahu. Biar guwa simpan kat dalam hati. Hee. :)


Mintak-mintak lulus Physic. Aminn..