Tuesday, June 28, 2011

Confession from my heart : Peluang sudah tiada, dah malas nak kejar ..

Hanya mampu melihat, hanya mampu diam, tak berani ingin bersuara ..
Mungkin aku seorang lelaki yang pengecut. Dilahirkan sebagai seorang yang dayus. Mungkin ..
Mungkin aku seorang lelaki yang lambat bertindak. Tidak menghargai peluang di depan mata. Mungkin ..
Mungkin aku seorang lelaki yang pemalas. Lebih bagus hidup begini. Mungkin ..
Tidak kah itu hanya mungkin ? Aku boleh berubah bukan ? Ya. Memang aku boleh berubah.
Tapi peluang itu sudah tiada. Sudah lari. Sudah pergi. Entah ke mana.
Dan aku malas nak kejar. Malas nak mencari. Malas nak gunakan peluang itu. Hanya berfikir satu perkara; "Biar saja dia. Asalkan dia bahagia, aku juga bahagia. Bukan ?"
Mungkin betul apa yang aku kata. Aku seorang yang penakut, lambat bertindak dan pemalas.
Aku hanya boleh melihat sahaja. Aku hanya boleh berkata "Peluang sudah tiada. Dan aku malas nak kejar" Biarkan sahaja .. Dia bahagia aku pun bahagia. Mungkin ...

Sunday, June 26, 2011

Confession from my heart : Make your move. Please !

Mom : Tadi cikgu cakap yang NOVA banyak main dalam kelas. Betul ?
Me : Err. Mana ada. Takda la.
Mom : Tapi cikgu cakap kata ramai cikgu kata yang NOVA banyak main dalam kelas. NOVA banyak terpengaruh dengan kawan-kawan.
Me : Ye ke ? Takda la. NOVA mana mudah terpengaruh. Kawan-kawan nak buat apa dekat NOVA  sampai nak buat NOVA terpengaruh dengan dia orang ?
Mom : Ibu tengok NOVA tak focus. Cuba belajar ikut masa betul-betul. SPM nak dekat. Ibu letak harapan tinggi dekat NOVA tahu.
Me : ... (diam seketika) okay ..
(Dialog ni rekaan semata-mata)

Boleh ke guwa study 24 jam ? 2 jam pun tak tahan. Ini kan lebih ! Arghhh ! Boleh gila guwa macam ni.
Guwa banyak berkhayal. Mimpi di siang hari ! Daydreamer ! Ya ! Banyak fikirkan hal-hal yang tak akan berlaku. Why ?! Arghh !
It's time to change dude ! No dreaming ! Make your move. Just a while.
Setan dalam badan berkata "Elehh lek luu. Lama lagi SPM. Macam tak biasa pulak study last minute. Kita enjoy dulu yaww !"
Bulan Julai hampir tiba. Tak kan guwa nak kecewa kan hati ibu ayah guwa lagi. T_T

Monday, June 20, 2011

Dear diary : Seorang lagi pergi ..

Jumaat, 17th June 2011
12.00pm
Ketika aku pulang dari sekolah, aku terlihat pipi ibuku basah seperti seseorang baru lepas menangis. Aku ingin bertanya kenapa. Baru sahaja aku ingin bertanya, ibuku berkata "Atok dah meninggal" ..
Aku terdiam seminit dua. Memikirkan sesuatu. "Bila atok meninggal ?" tanya ku. "Tadi .." Jawab ibu ku
dengan nada suara seperti orang yang hilang suara ; seperti berbisik.
Atok; nenek aku yang paling aku sayang. Banyak kisah aku dan dia.
Sesudah bonda kepada ayahku telah pergi. Kini; 3 bluan kemudian, bonda kepada ibuku pula meninggalkan kami. Atok ..
Sesudah solat Jumaat, kami sekeluarga terus berangkat ke kampung halaman ku ; Muar. Di dalam kereta aku terfikir sesuatu. Mengharapkan semua ini takkan berlaku. Aku kata di dalam hatiku, "Tidak! ini semua mimpi." Aku tidur seketika, aku bermimpi bahawa mereka hanya bergurau sahaja. Atok belum meninggalkan kami lagi. Kami ketawa. Tapi itu hanya mimpi ..
Aku terjaga ketika ayah ku berkata bahawa kita sudah sampai. Aku melihat keadaan di luar kereta. Kami tiba di masjid yang jauhnya tidak kurang seepuluh langkah dari rumah nenekku. Aku melihat mereka semua sudah tiba di masjid tersebut. Aku melihat saudara-maraku sedang duduk bersila di saf yang pertama, menanti waktu Asar tiba. Aku pergi ke tempat saudara-maraku berada. Sesudah tiba, aku melihat sebuah kotak berada di hadapan mereka; keranda. "Ini ke Atok ?" kataku.
Aku melihat saudara rapatku, Asan. Melihat matanya yang merah menyala sedang menatap keranda tersebut. Melihat adiknya pula, Piyan. Seorang yang macho dan digelar `Kasanova Malaya` sedang melihat keranda tersebut tanpa mengendahkan orang di sekelilingnya melihat dia dengan rasa empati. Mereka merupakan orang yang paling rapat dengan nenekku. Segala urusan nenekku merekalah yang uruskan.
Melihat juga yang lain-lain sedang berdiam diri. Si jejaka bersedih. Si gadis menangis. Manakala aku masih tidak percaya; adakah itu Atok, atau tidak ..
Selepas kami semua solat jenazah, Imam membuka kain di muka jenazah untuk kami yang ingin melihatnya buat kali yang terakhir. Aku melihat. Terdiam seketika. Jantung berdegup kencang. Rupanya ini semua bukan mimpi. Rupanya betul. Atok sudah pergi ..


Hari berganti hari,
Mentari berganti bulan dan malam berganti siang.

Si tua pergi,
Si muda menangis.

Hari ini menangis,
Esok kita bersedih.

Hidup memang palat,
Tapi esok masih ada ..


Al-Fatihah untuk Azizah Binti Ali dan mereka yang telah pergi ..

Wednesday, June 8, 2011

Dear diary : Home

JB -> Pahang -> Kelantan -> Kelantan -> Kelantan -> Terengganu -> JB -> HOME ! 

Ada beberapa hal yang best dan tak best yang guwa dapat sepanjang percutian ini.

Best :
-Guwa balik kampung, Tengok rumah arwah atuk & nenek. (time guwa nak melangkah masok rumah tu, guwa hampir nak tertanya dekat ibu guwa "mana tok mek (nenek guwa) ?")
-Dapat barang: wallet, bag, jam. (made in siam. haram maklum.)
-Main air. (itu pon nak sebut juga ke ?)
-Melihat keindahan alam. kot ? (oh indah dunia, yang Tuhan ciptakan~(lagu STATIK - Nikmat Sementara))
-Ni paling best. Naik river tube. Dia macam naik banana boat. Tapi naik tiga orang je. And lagi dasyattt ! Serius tak tipu. HAHA.
River tube : Lebih kurang macam ni la. (gambar minah mana entah guwa rembat ni. HAHA)

Tapi kan, yang tak best nya ialah ..


Tak best : 
-Handphone  & camera rosak.(masuk air)
Yang best nye, masa tu masih ada dekat pahang lagi. So, tak ada la gambar-gambar di Kelantan & Terengganu. T_T haha. 
-Terasa macam sekejap je cuti. Dalam otak guwa dah plan macam-macam benda dah. Tapi banyak yang belum sempat buat lagi.
-Bosan sikit sebab dekat kampung ada family guwa je. Sedara-mara tak balik. :(




HAHA. Tak apa. Jangan risau, jangan panic. Masih ada LIMA HARI lagi sebelum cuti sekolah habis. So kita boleh buat macam-macam dalam masa lima hari. Selamat bercuti wahai pelajar-pelajar. :)

*(kerja sekolah belum siap)