Monday, June 20, 2011

Dear diary : Seorang lagi pergi ..

Jumaat, 17th June 2011
12.00pm
Ketika aku pulang dari sekolah, aku terlihat pipi ibuku basah seperti seseorang baru lepas menangis. Aku ingin bertanya kenapa. Baru sahaja aku ingin bertanya, ibuku berkata "Atok dah meninggal" ..
Aku terdiam seminit dua. Memikirkan sesuatu. "Bila atok meninggal ?" tanya ku. "Tadi .." Jawab ibu ku
dengan nada suara seperti orang yang hilang suara ; seperti berbisik.
Atok; nenek aku yang paling aku sayang. Banyak kisah aku dan dia.
Sesudah bonda kepada ayahku telah pergi. Kini; 3 bluan kemudian, bonda kepada ibuku pula meninggalkan kami. Atok ..
Sesudah solat Jumaat, kami sekeluarga terus berangkat ke kampung halaman ku ; Muar. Di dalam kereta aku terfikir sesuatu. Mengharapkan semua ini takkan berlaku. Aku kata di dalam hatiku, "Tidak! ini semua mimpi." Aku tidur seketika, aku bermimpi bahawa mereka hanya bergurau sahaja. Atok belum meninggalkan kami lagi. Kami ketawa. Tapi itu hanya mimpi ..
Aku terjaga ketika ayah ku berkata bahawa kita sudah sampai. Aku melihat keadaan di luar kereta. Kami tiba di masjid yang jauhnya tidak kurang seepuluh langkah dari rumah nenekku. Aku melihat mereka semua sudah tiba di masjid tersebut. Aku melihat saudara-maraku sedang duduk bersila di saf yang pertama, menanti waktu Asar tiba. Aku pergi ke tempat saudara-maraku berada. Sesudah tiba, aku melihat sebuah kotak berada di hadapan mereka; keranda. "Ini ke Atok ?" kataku.
Aku melihat saudara rapatku, Asan. Melihat matanya yang merah menyala sedang menatap keranda tersebut. Melihat adiknya pula, Piyan. Seorang yang macho dan digelar `Kasanova Malaya` sedang melihat keranda tersebut tanpa mengendahkan orang di sekelilingnya melihat dia dengan rasa empati. Mereka merupakan orang yang paling rapat dengan nenekku. Segala urusan nenekku merekalah yang uruskan.
Melihat juga yang lain-lain sedang berdiam diri. Si jejaka bersedih. Si gadis menangis. Manakala aku masih tidak percaya; adakah itu Atok, atau tidak ..
Selepas kami semua solat jenazah, Imam membuka kain di muka jenazah untuk kami yang ingin melihatnya buat kali yang terakhir. Aku melihat. Terdiam seketika. Jantung berdegup kencang. Rupanya ini semua bukan mimpi. Rupanya betul. Atok sudah pergi ..


Hari berganti hari,
Mentari berganti bulan dan malam berganti siang.

Si tua pergi,
Si muda menangis.

Hari ini menangis,
Esok kita bersedih.

Hidup memang palat,
Tapi esok masih ada ..


Al-Fatihah untuk Azizah Binti Ali dan mereka yang telah pergi ..